her n me

Friday, November 1, 2019

adakah tindakan aq betul..??

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama, baru hari ini aku mencoret.

Apa yang aku hendak ceritakan ini adalah satu keputusan yang besar dalam hidup aku. Ianya melibatkan keluarga dan kerjaya yang semestinya penting bagi hidup seseorang. Banyak benda yang sudah aku tempuh dalam hidup ini. Ketika bermulanya kerjaya aku sebagai penyelia ladang pada tahun 2013 di syarikat FTPSB kahang timur adalah satu permulaaan. Setelah bekerja disitu hampir 4 tahun aku diarahkan untuk berpindah ke FTPSB ulu penggeli yang dimana aku rasakan sungguh berat hati untuk meninggalkan FTPSB kahang timur. Tapi apakan daya dan aku perlu akur.

Pada bulan julai 2017 bermulalah kerjaya aku sebagai penyelia lagi di FTPSB ulu penggeli. Tanggapan pertama sebelum menjejakkan kaki di projek tersebut mungkin  biasa dan tidak perlu buat kerja yang susah. Hakikatnya tidak lah begitu. Banyak perubahan yang diperlukan ditempat tersebut dan aku gagahkan jua. Pada ketika itu lah aku berazam dalam masa satu tahun aku akan dan berusaha keras untuk naik pangkat menjadi penolong pengurus.

Pada tahun tersebut jugalah aku mendirikan rumah tangga pada 03 disember 2017 dan kini aku sudah menimang cahaya mata bersama insan yang paling aku sayang iaitu wahyuni binti misman. Banyak dugaan dan ujian yang allah berikan kepada kami dengan isteri aku mengalami keguguran sebelum kami dapat seorang insan yang bernama muhammad adam syukri bin azhar pada 14 april 2019 kebetulan sama tarikh lahir dengan aku. Banyak benda hendak diceritakan tapi aku singkatkan.

Sekarang, apa yang aku impikan sudahpun berada didepan mata. Kenaikan pangkat sebagai penolong pengurus. Rezeki anak-anak kata orang. Tapi allah tidak akan memberikan sesuatu tanpa ujian. Maka dengan itu aku diarahkan untuk kenaikan pangkat di FTPSB redong iaitu di labis segamat. Aku terpaksa berpisah dengan keluarga aku. Isteri aku bekerja di johor baharu dan tidak mungkin akan dapat berpindah. Pada mulanya aku tidak mahu akur dengan perpindahan tersebut. Tapi dengan kesan yang telah diterangkan sekiranya aku menolak tawaran itu. Aku tidak sanggup untuk menempuhnya dan aku memilih untuk menerima tawaran tersebut. Adakah betul keputusan aku ini. Hidup berjauhan dengan isteri dan anak. Mungkin ada hikmah. Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.