Assalamualaikum..
Setelah sekian lama,
baru hari ini aku mencoret.
Apa yang aku hendak
ceritakan ini adalah satu keputusan yang besar dalam hidup aku. Ianya
melibatkan keluarga dan kerjaya yang semestinya penting bagi hidup seseorang.
Banyak benda yang sudah aku tempuh dalam hidup ini. Ketika bermulanya kerjaya aku
sebagai penyelia ladang pada tahun 2013 di syarikat FTPSB kahang timur adalah
satu permulaaan. Setelah bekerja disitu hampir 4 tahun aku diarahkan untuk
berpindah ke FTPSB ulu penggeli yang dimana aku rasakan sungguh berat hati
untuk meninggalkan FTPSB kahang timur. Tapi apakan daya dan aku perlu akur.
Pada bulan julai 2017
bermulalah kerjaya aku sebagai penyelia lagi di FTPSB ulu penggeli. Tanggapan
pertama sebelum menjejakkan kaki di projek tersebut mungkin biasa dan tidak
perlu buat kerja yang susah. Hakikatnya tidak lah begitu. Banyak perubahan yang
diperlukan ditempat tersebut dan aku gagahkan jua. Pada ketika itu lah aku
berazam dalam masa satu tahun aku akan dan berusaha keras untuk naik pangkat
menjadi penolong pengurus.
Pada tahun tersebut
jugalah aku mendirikan rumah tangga pada 03 disember 2017 dan kini aku sudah menimang
cahaya mata bersama insan yang paling aku sayang iaitu wahyuni binti misman.
Banyak dugaan dan ujian yang allah berikan kepada kami dengan isteri aku
mengalami keguguran sebelum kami dapat seorang insan yang bernama muhammad adam
syukri bin azhar pada 14 april 2019 kebetulan sama tarikh lahir dengan aku.
Banyak benda hendak diceritakan tapi aku singkatkan.
Sekarang, apa yang aku
impikan sudahpun berada didepan mata. Kenaikan pangkat sebagai penolong
pengurus. Rezeki anak-anak kata orang. Tapi allah tidak akan memberikan sesuatu
tanpa ujian. Maka dengan itu aku diarahkan untuk kenaikan pangkat di FTPSB
redong iaitu di labis segamat. Aku terpaksa berpisah dengan keluarga aku.
Isteri aku bekerja di johor baharu dan tidak mungkin akan dapat berpindah. Pada
mulanya aku tidak mahu akur dengan perpindahan tersebut. Tapi dengan kesan yang
telah diterangkan sekiranya aku menolak tawaran itu. Aku tidak sanggup untuk
menempuhnya dan aku memilih untuk menerima tawaran tersebut. Adakah betul
keputusan aku ini. Hidup berjauhan dengan isteri dan anak. Mungkin ada hikmah.
Mudah-mudahan dipermudahkan semuanya.